Selasa, 21 Julai 2009

Hari Pendaftaran Kursus Semester Pertama Sesi 2009/2010

Pada 19 Julai 2009, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kampus Sg. Petani telah membuat pendaftaran kursus untuk mahasiswa & mahasiswi semester 1 & 2 bagi pengajian semester pertama sesi 2009/2010. Seramai 33 orang mahasiswa/wi semester 1 telah mendaftar kursus dan seramai 104 orang mahasiswa/wi semester 2 telah mendaftar kursus. sehingga hari ini masih lagi terdapat sebilangan mahasiswa/wi semester 1 & 2 yang belum membuat pendaftaran kursus. sesi pengajian mereka akan mula pada minggu hadapan (26/7/2009). Pada minggu ini mereka akan mengikuti taklimat berkaitan dengan kursus yang diambil. Pendaftaran kursus ini dikendalikan oleh pihak pentadbiran kampus sg. petani dan dibantu oleh unit teknologi maklumat KUIN. Staf yang terlibat ialah En. Zul, Firdaus, Khusyairy, Saiful, Izwan, Chaq dan 2 staf unit teknologi maklumat KUIN.

Isnin, 13 Julai 2009

Konvokesyen INSANIAH ke-11

Tanggal 3 Ogos 2009 akan berlangsung satu istiadat mencemar duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan Kedah bagi merasmikan Majlis Konvokesyan INSANIAH ke-11 di Dewan Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah. Disamping itu juga, terdapat Pesta Jualan Konvo selama 3 hari yang bermula pada 1 Ogos - 3 Ogos 2009. Semua ahli blog KUIN kampus sp dialu-alukan untuk memeriahkan lagi Majlis Kovokesyen. selain itu terdapat juga Karnival Sukan semperna Pesta Konvo yang melibatkan sukan Bola Sepak dan Bola Jaring. KUIN kampus sp juga tidak melepaskan peluang untuk menghantar wakil bagi kedua-dua sukan itu..Pihak admin mendoakan agar dapat membawa pulang kejayaan ke KUIN kampus sp.
wassalam.....

Khamis, 9 Julai 2009

SELAMAT DATANG....

Assalamualaikum....
Selamat melayari blog Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kampus Sungai Petani...sama2 la kita mengimarahkan blog ini untuk kegunaan bersama.segala berita, aktiviti, gambar, komen, sembang dan sebagainya akan disiarkan dalam blog ini..anda hanya perlu mendaftar form di bawah galeri untuk menjadi ahli blog....